Monday, September 14, 2015

Syarat wajib solat Jumaat[sunting | sunting sumber]

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat[sunting | sunting sumber]

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafii).
  4. Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat).

Haram tinggalkan solat Jumaat[sunting | sunting sumber]

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat[sunting | sunting sumber]

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat[sunting | sunting sumber]

  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf.
  9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

No comments:

Post a Comment